Monday, October 4, 2010

Tenggelamnya Pulau Kidjang

Lokasi M.V Pulau Kidjang karam
Pulau Kidjang merupakan sebuah kapal yang beroperasi di perairan Sarawak pada pertengahan tahun 1960-an hingga awal tahun 1970-an. Kapal M.V. Pulau Kidjang dibina pada tahun 1963 dan didaftar di pelabuhan Singapura dengan nombor pendaftaran awal ialah 159456. Sijil pendaftaran yang dikeluarkan oleh kerajaan Singapura dan sah sehingga 10 Mei 1973. Kapal yang diperbuat daripada besi keluli dan kayu ini asalnya dibenarkan membawa seramai 225 orang iaitu 180 penumpang dan 45 anak kapal. Kapal Kidjang ini berperanan sebagai kapal kargo dan kapal penumpang.





Sebelum beroperasi di perairan Sarawak pada tahun 1965, kapal buatan Taiko Dackard and Engineerig Co. Ltd., Hong Kong ini pernah beroperasi diperairan Singapura dan sebahagian perairan Indonesia sehingga zaman konfrantasi pada tahun 1963, apabila perkhidmatannya terpaksa diberhentikan atas sebab-sebab tertentu.

Sejajar dengan keutamaan penguatkuasaan terhadap aspek keselamatan kapal yang beroperasi di perairan Sarawak, satu sijil keselamatan dan penumpang telah dikeluarkan oleh kerajaan Sarawak pada tahun 1965 ke atas M.V Pulau Kidjang. Sijil tersebut sah sehingga 16 Mac 1074 dan menghadkan jumlah penumpang seramai 159 orang sahaja.



Menurut artikel perjanjian anak kapal yang didaftar pada sijil keselamatan peralatan kapal M.V. Pulau Kidjang dibenarkan membawa seramai 29 orang anak kapal. Sijil tersebut sah sehingga 29 September 1973.
Serentak dengan pengeluaran sijil keselamatan dan penumpang, pemilik kapal juga telah diarahkan supaya meningkatkan beberapa kelengkapan keselamatan pelayaran termasuklah pemasangan alat perhubungan komunikasi radio.

Arahan tersebut yang terkandung di dalam surat bertarikh 10 Januari 1966 dikeluarkan setelah pemeriksaan olah Jabatan Laut Sarawak ke atas M.V Pulau Kidjang mendapati kedudukan stability kapal tidak seimbang.

Kandungan surat arahan yang ditandatangani oleh Pengarah Jabatan Laut Sarawak, Kapten I.J Nah, antara lain menyebut sekiranya 110 orang penumpang bergerak serentak di atas dek ketika kapal sedang berlabuh, ia boleh mengakibatkan kedudukan kapal condong kira-kira sepuluh darjah. Kargo juga jika diletakkan di bahagian palka dan deka atas tidak disusun dengan sempurna, kedudukan kapal akan melereng sehingga sepuluh darjah ke sebelah.

Spesifikasi kapal dengan reka bentuk struktur binaan astaka bahagian atasnya yang berat mengakibatkan pergerakan kapal tidak begitu stabil terutama ketika belayar semasa keadaan laut bergelora. Pusat gravitinya akan meningkat akibat berat badan menyebabkan kestabilan M.V. Pulau Kidjang.

Hasil siasatan yang telah dijalankan, dianggarkan seramai 140 orang penumpang termasuk 30 anak kapal menyertai pelayaran tersebut. Jumlah kargo yang dibawa pula melebihi 80 tan termasuk dua buah kereta yang diletakkan diruang kosong di atas dek. Bagaimanapun, adalah tidak diketahui di mana baki kargo yang lainnya disimpan.

M.V Pulau Kidjang didapati tidak layak belayar semasa ia karam pada kedudukan kira-kira 2.8 batu nautika dari rumah api Tanjung Jerijih atau kira-kira tiga batu nautika kearah rumah api Tanjung Jerijih. Binaan pengalih udara dan tingkap magun yang terletak di sebelah dek kapal, didapati tidak dikunci dengan ketat. Keadaan ini menyebabkan pengalih udara tersebut mudah terbuka apabila dipukul ombak yang kuat.

Akhbar The Vanguard bertarikh 31 Disember 1973 melaporkan jumlah mayat yang ditemui sehingga 30 Disember 1973 ialah 46 orang manakala 40 orang lagi selamat. Apabila gerakan mencari dan menyelamat berakhir kira-kira dua minggu selepas tragedy, sejumlah 53 mayat berjaya ditemui termasuk lima mayat anak kapal. Bagaimanapun berdasarkan kajian, dianggarkan seramai 47 orang mangsa termasuk tujuh anak kapal yang dikatakan hilang sebenarnya dipercayai terperangkap dalam bangkai M.V Pulau Kidjang. Sejumlah 12 mayat mangsa termasuk 2 mayat kanak-kanak yang tidak dapat dikenali wajah dan identiti mereka tidak diketahui telah dikebumikan di tanah perkuburan khas. Ada kemungkinan juga mayat-mayat itu merupakan penumpang dan anak kapal yang sehingga kini tidak diketahui.

27 Disember 1973, rekod menunjukkan air pasang setinggi 4.32 meter di muara Kuala Rejang bermula pada jam lima pagi manakala air surut setinggi 0.64 meter berlaku pada jam 12.00 tengah hari. M.V Pulau Kidjang meneruskan pelayaran pada kelajuan tujuh knot sejam. Juragan kapal mengarahkan jurumudi kapal berpandukan kedudukan boya lampu hijau yang terletak di sebelah selatan terus menuju ke timur. Ketika itu, juragan yang berada di bilik kemudi menyedari perubahan cuaca yang sedang berlaku. Awan mendung di langit diikuti tiupan angin yang kencang dan kemudiannya diiringi petir mengakibatkan laut bergelora. Pada masa yang sama, kapal dirempuh oleh ombak besar berulang kali. Juragan gagal mengawal kedudukan kapal lalu mengarahkan kedua-dua jurumudi supaya menukar arah haluan menuju ke Kuala Selalang.

Bagaimanapun, ketika itu keadaan angin yang kuat disertai dengan arus yang deras menyebabkan kedudukan M.V Pulau Kidjang sudah jauh tersasar ke arah Beting Selatan dengan haluannya menuju ke arah anak tanjung Wong Sands. Kawasan air yang cetek diikuti dengan rempuhan gelombang besar yang berulang-kali mengakibatkan air laut melimpah masuk dengan banyaknya ke dalam kapal. Keadaan ini menyebabkan kapal tidak stabil. Seluruh bahagian dek bawah dan separuh dek atasnya digenang air laut menyebabkan kedudukan kapal senget lalu karam.

Laporan Marine Court of Inquiry into the Sinking of the Motor Vessel Pulau Kidjang Occurred at the Mouth of Rejang River (Case No. 1/76), ribut selaju 42 knot sejam berlaku semasa M.V Pulau Kidjang karam pada 27 Disember 1973, kira-kira jam 4.03 pagi.  Akibatnya kedudukan kapal yang tidak stabil telah menyebabkan lebih 200 tan air laut melimpah masuk ke dalam M.V Pulau Kidjang. Keadaan ini telah disedari oleh beberapa penumpang dan anak kapal bermula seawal jam sebelas malam pada 26 Disember 1973 dan berterusan sehinggalah kapal malang tersebut karam pada awal pagi berikutnya.


Dipetik dari: Tenggelamnya Pulau Kidjang
Zaliha Hassan


Thursday, September 30, 2010

Disebalik Tandatangan



1. Satu garisan di bawah tanda tangan
Seorang yang sangat yakin
 Ada personaliti yang hebat
 Agak mementingkan diri sendiri
Percaya bahawa kebahagiaan dalam hidup sangat perlu


2. Dua titik di bawah tanda tangan
Anda romantik
Mudah bertukar pasangan macam tukar baju
Memilih kecantikan (bagi lelaki)
Sentiasa berusaha untuk kelihatan cantik (bagi wanita)
Mudah menarik perhatian orang untuk berdamping


3. Satu titik di bawah tanda tangan
Anda kelihatan mudah dan tenang
Cepat hilang kepercayaan pada orang anda percayai apabila dikhianati


4. Tiada garisan/titik di bawah tanda tangan
Seronok dengan kehidupan
Ikut gaya dan cara sendiri
Kurang memberikan perhatian pada pandangan orang lain


5. Tanda tangan yang tiada kaitan dengan nama
Anda sentiasa berusaha supaya smart
Suka berselindung
Jarang mengambil pandangan orang lain sebagai panduan hidup
Yakin dengan kebolehan diri sendiri


6. Tanda tangan berasaskan ejaan nama tapi sukar nampak
Anda cerdik tapi kurang hendak berfikir
Anda cepat menukar pandangan dan idea


    7. Tanda tangan huruf satu-satu, tidak bersambung
Seorang yang sangat prihatin
Tidak pentingkan diri sendiri
Sanggup berkorban apa saja untuk orang lain
Seorang pemikir
Seorang yang mudah serik


8. Tanda tangan ikut ejaan nama dengan huruf yang jelas
Seorang yang sangat baik
Boleh menyesuaikan diri dalam apa juga keadaan atau dengan siapa saja anda berurusan
Tegas dengan pendapat sendiri
Ada semangat yang tinggi


Wednesday, September 29, 2010

Jenis Darah dan Peribadi


DARAH O

Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, anda akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya anda dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu anda juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri anda sendiri.
Oleh yang demikian anda harus lebih bijak mengawal emosi diri anda agar tidak dikuasai dengan tekanan.



DARAH A

Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup anda. Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan anda juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Anda bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda.
Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya anda agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu, kesihatan diri pula yang terabai.


DARAH B

Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan anda. Anda lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya dengan cara anda sendiri. Anda adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri anda untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.
Anda adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.


DARAH AB

Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Anda juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling anda berasa selesa untuk berdampingan dengan anda. Anda juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.
Namun ada satu perkara yang harus anda perbaiki dalam diri anda itu. Anda perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri anda sendiri.


P/S: Betul atau tidak anda nilai sendiri 

Monday, September 20, 2010

Paralisis Tidur


Fenomena Kena Hempap Masa Tidur (Paralisis Tidur)


Paralisis tidur diertikan sebagai dihimpit, dihempap ataupun ditindih semasa tidur. Perkara ini berlaku apabila seseorang itu berada dalam keadaan separa sedar iaitu rasa sudah bangun tetapi tidak mampu untuk bergerak, bersuara mahupun menjerit. Hal sebegini biasa dikaitkan dengan permainan atau gangguan dari jin, syaitan atau makhluk halus kerana tidak basuh kaki dan membaca doa ketika hendak tidur.


Fenomena paralisis tidur ini lebih mudah dijelaskan sebagai lumpuh sementara. Tempoh biasa yang dialami ketika paralisis tidur ini adalah singkat yang mana akan membuat seseorang tidak mampu membuat sebarang pergerakan bagi mana-mana anggota badan ketika baru memasuki fasa hendak tidur ( hipnogogik @ predormital ) atau ketika sedar daripada tidur ( hipnopompik @ posdormital ).


Dalam kes halusinasi hipnogogik tertentu, seseorang akan merasa didatangi dengan halusinasi seram atau ngeri seperti ada orang lain di dalam bilik tidur mereka. Malah ada yang trauma kerana menyangka ada benda yang duduk atau berada di atas badan atau dada sehingga menyukarkan pernafasan. Sejak berkurun ia dipanggil Fenomena Hag. Walaupun kesannya menimbulkan keresahan dan katakutan, ia tiada risiko atau ancaman fizikal yang boleh berlaku.


Simptom-simptom terjadinya paralisis tidur ini lazimnya seseorang akan hilang upaya gerak anggota badan ketika baru mula tidur atau hendak sedar. Terjadinya episod singkat paralisis otot skeletal, sama ada sebahagian atau sepenuhnya (ini biasa dikaitkan dengan halusinasi hipnogogik atau aktiviti otak yang mencetus situasi seperti mimpi).


Paralisis tidur selalu dikaitkan juga dengan narkolepsi, iaitu gangguan neurologikal yang membuat seseorang mengalami rasa mengantuk yang ekstrem lalu boleh tidur secara tiba-tiba atau serangan tidur mendadak tanpa tanda-tanda mengantuk, sleep apnea (mendengkur), kecemasan atau tekanan. Namun ada yang mengalami paralisis tanpa menunjukkan petanda narkolepsi seperti kelumpuhan tidur terasing ( Isolated Sleep Paralysis, ISP).


Secara fisiologi, paralisis tidur berkaitan dengan REM ( rapid eye movement ) atonia. REM merupakan tahap terjadinya mimpi yang mana saat kondisi tubuh berada dalam keadaan terlalu letih atau kurang tidur, gelombang otak tidak mampu mengikuti tahap tidur yang sepatutnya. Jadi dari keadaan sedar ( saat hendak tidur ) ke tahap tidur paling ringan , lalu melompat terus ke mimpi (REM).
                               4 Tahap tidur :
                                    1. Keadaan tidur ringan (tidur- tidur ayam la...)
                                    2. Tidur dalam (Hampir tidak sedar )
                                    3. Tidur paling dalam ( tidak sedar )
                                    4. REM (mimpi)
Ketika otak mendadak terbangun dari tahap REM tapi tubuh belum, maka di sinilah terjadinya sleep paralysis. Keadaan dimana merasa sudah sedar, tetapi tubuh tidak mampu untuk bergerak atau kelumpuhan badan.




Antara Penyebab Paralisis Tidur.

  • Tidur dalam posisi telentang terlalu lama
  • Jadual tidur yang tidak menentu
  • Tidak cukup tidur atau istirehat
  • Tekanan / Stress
  • Pertukaran gaya hidup secara mendadak ( daripada aktiviti santai kepada aktiviti ekstrem)



MITOS SLEEP PARALYSIS (LUAR NEGARA)

  • Budaya Afro-Amerika, gangguan tidur ini disebut the devil riding your back hantu atau hantu yang sedang menaiki bahu seseorang.
  • Di budaya China, disebut gui ya shen alias gangguan hantu yang menekan tubuh seseorang.
  • Di budaya Meksiko, disebut se me subio el muerto dan dipercaya sebagai kejadian adanya arwah orang meninggal yang menempel pada seseorang. 
  • Di budaya Kamboja, Laos dan Thailand, disebut pee umm, mengacu pada kejadian di mana seseorang tidur dan bermimpi makhluk halus memegangi atau menahan tubuh orang itu untuk tinggal di alam mereka.
  • Di budaya Islandia, disebut mara. Ini adalah kata kuno bahasa Island. Artinya hantu yang menduduki dada seseorang di malam hari, berusaha membuat orang itu sesak napas dan mati lemas.
  • Di budaya Tuki, disebut karabasan, dipercaya sebagai makhluk yang menyerang orang di kala tidur, menekan dada orang tersebut dan mengambil nafasnya.
  • Di budaya Jepang, disebut kanashibari, yang secara literatur diartikan mengikat sehingga diartikan seseorang diikat oleh makhluk halus.
  • Di budaya Vietnam, disebut ma de yang artinya dikuasai setan. Banyak penduduk Vietnam percaya gangguan ini terjadi karena makhluk halus merasuki tubuh seseorang.
  • Di budaya Hungaria, disebut lidercnyomas dan dikaitkan dengan kata supranatural boszorkany (penyihir). Kata boszorkany sendiri berarti menekan sehingga kejadian ini diterjemahkan sebagai tekanan yang dilakukan makhluk halus pada seseorang di saat tidur.
  • Di budaya Malta, gangguan tidur ini dianggap sebagai serangan oleh Haddiela (istri Hares), dewa bangsa Malta yang menghantui orang dengan cara merasuki orang tersebut. Dan untuk terhindar dari serangan Haddiela, seseorang harus menaruh benda dari perak atau sebuah pisau di bawah bantal saat tidur.
  • Di budaya New Guinea, fenomena ini disebut Suk Ninmyo. Ini adalah pohon keramat yang hidup dari roh manusia. Pohon keramat ini akan memakan roh manusia di malam hari agar tidak menggangu manusia di siang hari. Namun, seringkali orang yang rohnya sedang disantap pohon ini terbangun dan terjadilah sleep paralysis.

Sekian, terima kasih.
























Sunday, September 19, 2010

Kenali Diri Melalui Tarikh Lahir Dari Dr. Fadzilah Kamsah

1. Pemimpin
2. Lembut
3. Kemas (Cerewet)
4. Rajin
5. Boleh berbincang
6. Angin
7. Patuh
8. Bisnes
9. Glamour

Contoh: 20 05 1981

2 + 0 = 2

Maka kotak pertama adalah 2..
Kemudian campurkan kesemua nombor..

2 + 0 + 0 + 5 + 1 + 9 + 8 + 1 = 26

Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti:

2 + 6 = 8

Maka kotak kedua adalah 8..
Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua

2 + 8 = 10

Oleh kerana hasil campur lebih dari 9 maka dicampur lagi

1 + 0 = 1

Maka kotak ketiga ialah 1..
hasilnya..

2: Lembut
8: Bisnes
1: Pemimpin

Maka anda sudah cerminkan diri anda mungkin sifat-sifat ini ada dalam
diri anda dan mana tahu mungkin suatu hari nanti dengan sifat ini anda
akan menjadi seorang yang berguna.